Tuesday 28 May 2013

kajian kumpulan

Pengenalan
Dalam dekad 80-an, senario pendidikan di rantau Asia-Pasifik mula menampakkan gelombang perubahan yang menarik kerana banyak negara di rantau ini telah mengambil keputusan untuk mengkaji semula sistem pendidikan masing-masing dan melancarkan reformasi pendidikan. Selaras dengan Wawasan 2020 yang bermatlamat ke arah sebuah negara maju, para pendidik di Malaysia harus mengorak langkah untuk memasuki era baru ini bagi memastikan generasi pelajar akan datang mencapai tahap yang setara dengan negara-negara maju lain.
Terdapat pelbagai idea pemikiran dan usaha yang dilakukan untuk meningkatkan mutu pendidikan di negara ini. Salah satu usaha yang telah dan sedang dilakukan ialah program meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran melalui teknologi pendidikan. Sumbangan teknologi pendidikan yang merangkumi penggunaan media elektronik bagi membantu kegiatan dan keperluan pendidikan telah pun diketahui dan diperakui oleh negara-negara maju .
Pernyataan Masalah
Pendidikan di Malaysia telah mengalami perubahan. Pendekatan pedagogi guru juga diharap akan berubah. Pengajaran-pembelajaran perlu berubah selaras dengan kehendak falsafah pendidikan negara. Perubahan kandungan sukatan mata pelajaran sahaja tanpa sebarang perubahan terhadap cara pengajaran-pembelajaran mata pelajaran itu tidak akan dapat mencapai matlamat pendidikan yang diharapkan.
Berlandaskan kepada pembaharuan di dalam kurikulum ini, maka sewajarnyalah para pendidik memikirkan cara yang lebih berkesan bagi meningkatkan mutu pengajaran-pembelajaran selain daripada apa yang telah dan sedang dipraktikkan sekarang ini. Selaras dengan tuntutan keadaan ini, maka teknologi pendidikan telah diperkembangkan sehingga alat media tidak terbatas penggunaannya. Sejak tahun 1970-an lagi Kementerian Pendidikan, dengan penuh kesedarannya telah menggalakkan para pendidik memperluaskan penggunaan bahan-bahan sokongan pandang-dengar dan media elektronik.
Penggunaan teknologi pendidikan diharap berupaya merealisasikan harapan yang dinyatakan disamping menjadikan proses pengajaran-pembelajaran lebih berkesan dan berjaya. Penggunaan pelbagai jenis media elektronik juga memberi peluang kepada setiap murid untuk menguasai ilmu pengetahuan dengan cara yang lebih menarik dan berkesan sejajar dengan falsafah pendidikan kebangsaan yang bertujuan untuk mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu (Mariani Md. Nor & Siti Hawa Abdullah 2009).
Walau bagaimanapun, di sebalik pertambahan alat dan bahan media, Jemaah Nazir dan Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan telah melaporkan bahawa penggunaan sebenar alat dan bahan media elektronik dalam bilik darjah adalah kurang dan tidak memadai (Bahagian Teknologi Pendidikan 1987). Dari kajian-kajian yang telah dijalankan ke atas penggunaannya di sekolah atau di institusi pengajian tinggi di dapati masih lagi rendah dan tidak memuaskan.
Faktor-Faktor Jangkaan
Nor Hashimah Hashim dan Yahya Che Lah (2003) ada menyentuh tentang penggunaan media elektronik dengan menyatakan bahawa:
"Penggunaan sumber-sumber pendidikan oleh murid-murid dan guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran adalah pada kadar yang rendah disebabkan oleh beberapa faktor termasuk kekurangan kemudahan fizikal, kekurangan koleksi sumber-sumber pendidikan, kekurangan tenaga manusia yang terlatih, kelemahan dalam pengurusan pusat sumber sekolah, sikap dan minat guru yang tidak menggalakkan serta kurang bimbingan dan penyeliaan oleh pihak sekolah."

Nyatalah dari segi amalannya, pembudayaan media elektronik belum boleh dikatakan telah berlaku secara menyeluruh. Kesungguhan pihak penggubal dasar khususnya Kementerian Pendidikan nampak dengan jelas melalui usaha-usaha yang dijalankan secara terus menerus dari semasa ke semasa, tetapi dari segi aspek penerimaan dan pelaksanaannya di peringkat sekolah masih belum memuaskan lagi. Proses pembudayaan media elektronik kelihatan masih dalam bentuk jalan sehala yang banyak liku-liku dan masih dirintangi oleh pelbagai halangan dan dugaan.
Dalam hubungan ini, strategi yang gunakan dalam pembudayaan media elektronik dalam pelajaran ini perlu dikaji semula supaya hasrat dalam usaha ini benar-benar menghasilkan buah sebagaimana yang kita idam-idamkan. Barangkali pendapat yang dikemukakan oleh Zaharah Kasim (2000) dapat kita gunakan untuk meninjau dan mengambil iktibar:
"Semasa mengikuti kursus dan latihan, guru-guru hadir dengan penuh minat dan perasaan yang gembira. Mereka betul-betul memperolehi penjelasan yang memuaskan tentang objektif  latihan. Tetapi objektif untuk mengembangkan kemahiran, bakat, minat dan daya kreativiti serta menanamkan nilai dan sikap amat kurang diberi perhatian."

“Adalah menjadi tugas kita bersama untuk melihat masalah ini secara kolektif supaya masalah pelaksanaan pembudayaan media elektonik ini benar-benar dapat dijelmakan dalam bentuk amalan yang berkekalan dan berterusan”.

Sebenarnya terdapat beberapa faktor yang menghalang guru-guru dari menggunakan media elektronik dalam pengajaran. Walau bagaimanapun bagi tujuan kajian ini, penyelidik hanya akan menumpukan kepada lima faktor yang telah dikenal pasti sebagai faktor-faktor yang menghalang penggunaan media elektronik dalam kalangan pelajar Sekolah Kebangsaan Rinching, Semenyih. Faktor-faktor ini ialah kapasiti pelajar yang besar, kekangan masa, pelajar tidak  tertarik dengan ABM yang tidak bersuara, kekurangan kreativiti, pengkaedahan ABM yang tidak bersesuaian dengan subjek.
Objektif Kajian
Beberapa objektif kajian sudah dirangka bertujuan untuk melihat membantu dan menjadikan garis panduan dalam mendapatkan maklumat yang diperlukan bagi menyiapkan penyelidikan ini. Antara objektif kajian tersebut ialah:
        i.            Memahami tingkah laku penerimaan pelajar berkenaan bahan bantu mengajar yang disediakan oleh guru-guru subjek.
      ii.            Menganalisis pemahaman guru-guru subjek tentang bahan bantu mengajar yang disediakan mereka.
    iii.            Mengetahui sejauh mana penguasaan kemahiran pelajar dan guru-guru subjek berkenaan alat bantu mengajar yang ada disediakan di sekolah.
Persoalan Kajian
Antara persoalan kajian yang dapat dirangka untuk menyelesaikan masalah ini ialah:
        i.            Apakah persepsi guru-guru subjek berkenaan penerimaan alat bantu mengajar disekolah mereka?
      ii.            Bagaimanakah guru-guru subjek tersebut menguasai dan mempraktiskan kepada anak murid mereka berkenaan alat bantu mengajar yang mereka kuasai.
    iii.            Apakah murid-murid di sekolah tersebut menerima baik pendekatan alat bantu mengajar yang disampaikan oleh guru-guru mereka.
Batasan Kajian
Sebenarnya terdapat banyak faktor yang merupakan penghalang kepada penggunaan media elektronik dalam pengajaran.. Walau bagaimanapun, kajian ini akan hanya menumpukan kepada lima faktor yang telah dikenal pasti oleh penyelidik dengan dibantu oleh sebuah panel kepakaran yang mahir dan pakar dalam bidang media elektronik. Panel kepakaran ini terdiri daripada pensyarah-pensyarah subjek GGGE2123, Teknologi Dan Inovasi dalam Pendidikan. Kajian ini juga dijalankan hanya ke atas guru Sekolah Kebangsaan Rinching, Semenyih sahaja memandangkan mereka merupakan guru terlatih yang telah dibekalkan kerajaan kepada masyarakat.
Metodologi Kajian
Salah satu tujuan menyediakan reka bentuk penyelidikan adalah untuk mencari jawapan kepada persoalan-persoalan penyelidikan (Zainudin Mohd. Isa, Norani Salleh & Ramlee Mustapha 2009). Reka bentuk kajian ini akan membimbing penyelidik ke arah mendapatkan maklumat dan data berhubung dengan tujuan kajian dijalankan. Kajian ini adalah berbentuk tinjauan bersampel (sample survey research) iaitu satu kaedah kajian bagi mendapatkan maklumat berasaskan sampel kajian yang representatif. Selain itu, kajian ini juga telah menggunakan sumber bahan daripada perpustakaan dan atas talian bagi melihat dan memudahkan atur cara kajian dijalankan.

Dapatan Kajian
Kelima-lima faktor kekangan penggunaan media elektronik yang dikaji diinterpretasikan berdasarkan nilai min seperti berikut:
Nilai Min
Interpretasi tahap
1.00 hingga 2.99
Bukan faktor kekangan
3.00
Berkecuali
3.01 hingga 5.00
Faktor kekangan

Min dan sisihan piawai bagi kelima-lima faktor kekangan penggunaan media elektronik disenaraikan seperti berikut:
Faktor Kekangan
Min Keseluruhan
Sisihan Piawai
Kekangan Masa
3.40
0.7828
Kapasiti Pelajar Yang Besar
3.52
1.0891
Pelajar Tidak  Tertarik Dengan ABM Yang Tidak Bersuara,
3.38
0.8901
Kekurangan Kreativiti
3.33
0.7063
Pengkaedahan ABM Yang Tidak Bersesuaian Dengan Subjek.
3.33
0.8428

Cadangan
Dapatan Kajian menunjukkan bahawa kelima-lima faktor yang dikaji merupakan faktor yang mengekang penggunaan media elektronik dalam kalangan guru-guru praktikal mahupun guru-guru ikhtisas Sekolah Kebangsaan Rinching, Semenyih.. Dapatan ini diharap akan dapat memberi maklumat kepada pihak-pihak tertentu khususnya Bahagian Pendidikan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Seterusnya dapatan ini diharap akan dapat digunakan sebagai garis panduan kepada pihak UKM untuk mengatur strategi bagi memperbaiki keadaan dan seterusnya menggalakkan guru-guru pelatih dan pelajar luar yang menjadikan kursus pendidikan sebagai pilihan bebas dengan menggunakan media elektronik. Cadangan-cadangan berikut boleh diambil kira untuk dijadikan sebagai panduan bagi mengatasi masalah tersebut:
1.      Memperbanyakkan kursus-kursus yang berkaitan dengan penggunaan media elektronik di kalangan guru-guru pelatih dan juga pensyarah.
2.      Menambahkan peralatan sedia ada di dalam makmal sekolah mahupun makmal universiti dan dewan kuliah untuk digunakan oleh pelatih sama ada semasa ‘micro teaching’ atau semasa praktikum.
3.      Memberikan latihan yang secukupnya kepada pelatih cara-cara mengendalikan peralatan media elektronik.
4.      Kandungan Sukatan Pelajaran yang berkaitan dengan Teknologi Pendidikan hendaklah menekankan kepada penggunaan media elektonik secara amali.
5.      Penggunaan salah satu media elektronik hendaklah dimasukkan dalam salah satu aspek yang akan dinilai semasa pelatih menjalani praktikum.
6.      Menyediakan seorang Pegawai Pusat Sumber (makmal) yang bekerja sepenuh masa, bukan menggunakan tenaga seorang jurumakmal secara sambilan.
7.      Memberi peluang kepada pelatih membuat lawatan ke sekolah-sekolah terpilih bagi melihat penggunaan media elektronik dalam pengajaran secara lebih dekat.
Kesimpulan
Sistem pendidikan sekolah di Malaysia hari ini dikatakan dapat menyediakan pelajar-pelajar yang serba boleh bagi menghadapi masa depan yang lebih mencabar. Dari masa ke semasa, kerajaan akan sentiasa mencari jalan supaya pendidikan. Banyak wang telah dilaburkan oleh pihak kerajaan bagi memastikan belia (pelajar) di Negara ini tidak tercicir daripada pembangunan teknologi maya yang semakin teransang kini. Guru-guru sedia ada dan pelatih yang bakal menggalas tugas membangunkan institusi pendidikan negara seharusnya peka dan mengambil sikap ingin tahu tranformasi-tranformasi pantas gajet masa kini bagi memastikan generasi kehadapan akan terus maju dan prograsif.





Bibliografi
Dede Nuraida. 2010. Perlunya Reformasi Pendidikan, Pembelajaran, Dan Teknologi Di Era Pengetahuan. Jurnal Biologi el-Hayah. Vol 9. Isu 2. UIN Press.
Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah. 2003. Panduan Pendidikan Prasekolah. Bentong:        Pahang. PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Mariani Md. Nor & Siti Hawa Abdullah. 2009. Pendekatan Main Dalam Menangani Masalah      Pembelajaran Kanak-Kanak. Jurnal Diges Pendidikan. Jilid 9. Bil.2: 72. Pulau Pinang:     Universiti Sains Malaysia.
Zaharah Kasim. 2000. Komputer Sebagai Alat Komunikasi: Isu-Isu Penggunaannya Dalam           Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal BTP. Bil.2:45-55. Kuala Lumpur:      Kementerian Pelajaran Malaysia.

Zainudin Mohd. Isa, Norani Salleh & Ramlee Mustapha. 2009. Kurikulum Pendidikan       Vokasional Murid Bermasalah Pembelajaran (MP). Jurnal Diges Pendidikan. Jilid 9.  Bil.2:89. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Tuesday 14 May 2013

GGGE 2123 10 gambar BBM bukan elektronik.


Bekas pensel.
 











BIODATA










Nama: Noor Azah binti md Atan
No.Matrik: A 134566
Program: Ijazah SarjanaMuda dengan Kepujian Sains (Statistik)
Semester: 2 2012/2013
Tutorial:  Tutorial 2
Masa: 9am-11am
Tempat: Makmal 3
Email: azah.atan43@gmail.com
Facebook: https://www.facebook.com/achahcotcet?ref=tn_tnmn
Alamat Kolej: Bilik 013, L2D, Kolej Pendeta Za'ba, UKM.

Alamat Rumah: No. 74, Taman Rahmat, Marang, Terengganu.

Sunday 12 May 2013

GGGE2123 10 video teknologi dan inovasi

1) Best advertisement


2) Cekodok thief


3) Charlie Schmidt's Keyboard Cat


4) Cheating in exam


5) Best fighting ever



6) Magic trick


7) McDonalds

 

8) Pepsi Commercial


 9) Wanted


 10) World most tolerant cat

Wednesday 8 May 2013

GGGE2123 10 gambar teknologi dan inovasi



1) Katil robotik




SYARIKAT elektronik gergasi Jepun, Panasonic baru-baru ini telah mendedahkan ciptaan terbaru mereka iaitu katil robotik yang boleh diubah menjadi kerusi roda.  Katil robotik yang boleh berubah daripada katil telah didedahkan menerusi foto. Ia membolehkan pengguna tetap berasa di atas katil atau kerusi roda ketika tranformasi berlaku, ia membuatkan kehidupan manusia lebih mudah terutamanya bagi warga emas dan orang kurang upaya.


2) Peranti mobiliti peribadi.







U3-X boleh dipandu dalam tempoh satu jam dengan kelajuan maksimum 6 kilometer sejam.
U3-X dilengkapi dengan sistem pemanduan omni-directional. Dengan itu, ia boleh melaraskan kelajuan dan pergerakan untuk mengubah haluan dan berhenti pada kesemua arah.
Mempunyai ketinggian 65 sentimeter, kenderaan dengan bateri binaan dalaman itu mempunyai berat kurang daripada 10 kilogram. Ia boleh dipandu dalam tempoh satu jam dengan kelajuan maksimum 6 kilometer (km) sejam dengan cas bateri selama satu jam setengah.

3) kerusi roda yang membesar.



kerusi roda berkuasa dengan reka bentuk modular yang menyesuaikan diri dengan kanak-kanak itu membesar. Kerusi itu menggunakan sistem dok dan pengancing universal supaya modul duduk yang berlainan dan bahagian tambahan boleh ditambah bagi memenuhi keperluan pengguna.



4) Infrared Vibro Pants




Produk inovatif terbaru Infrared vibro pants yang mempunyai dwi fungsi; terapi haba infrared dan getaran. Ianya sangat berkesan dalam mempercepatkan proses memecahkan lemak dan menghancurkan selulit yang terdapat pada tiga bahagian meliputi perut, peha dan pinggul. Rekaan yang sama seperti Sauna Pants tetapi ditambahbaik dengan kelebihan getaran yang mampu merangsang pengaliran darah di dalam tubuh, memecahkan lemak degil dan selulit di tiga bahagian tersebut.  

5) AB Roket 





AB roket adalah senaman 'sit up' untuk mengempiskan perut. Barangan buatan Malaysia, senang dan mudah di bawa ke mana sahaja.


6) Berus gigi laser




Dental M telah memperkenalkan berus gigi laser, ianya adalah berus gigi laser pertama di dunia yang menggunakan terapi laser. Berus gigi ini memulihkan kesihatan gigi, memutihkan gigi dan memberi kelegaan langsung untuk gigi sensitif.

7) Gelang gluco 



Gelang Gluco(M) adalah barangan medikal yang mempunyai tiga fungsi iaitu bacaan glukos secara serta merta, menyimpan bacaan glukos yang lepas, dan menyimpan insulin untuk digunakan. Gelang ini dapat bacaan glukos dalam badan kita dengan arus elektrik daripada sensor. Bacaan akan ditunjukkan pada LED back-lit.

8) Jamban lipat




Jamban lipat diperkenalkan oleh Robert Hamilton dari Jepun. Dipraktikkan oleh pesakit-pesakit yang susah untuk bergerak pada mulanya. Namun, lama kelamaan semakin ramai yang mendapatkannya bagi kegunaan harian contohnya untuk pergi bercuti di hutan. Ianya senang digunakan dan mudah dibawa kerana boleh dilipat.

9) Transparent toaster




Ketika anda terburu-buru untuk menyelesaikan sesuatu, anda mungkin mendapatkan roti kosong. Pemanggang transparen memungkinkan anda memiliki panggangan yang tepat. Pemanggang menakjubkan ini bekerja dengan teknologi kaca pemanas transparen yang memungkinkan anda untuk melihat roti saat memanggang.

10) iTwin USB




iTwin adalah fail sharing dongle USB yang boleh dibahagikan menjadi dua bahagian. Anda hanya mempunyai satu disambungkan ke komputer anda dan hujung yang lain dipasang ke komputer rakan anda untuk membolehkan dua komputer untuk berkongsi fail melalui internet dan sebagainya.